Rabu, 27 Januari 2010

Hampir 20 tahun dahulu seawal tahun 1990 saya telah mengenali pengasas Hai O Enterprise Berhad, Saudara Tan Kai Hee. Saya biasa bersama-sama beliau makan dan minum dan juga telah mengunjungi beliau di pejabatnya ketika itu di Sun Complex di Jalan Bukit Bintang.Kami menjalin persahabatan setelah diketemukan oleh seorang insan sahabat kami bersama yang kami panggil 'Abang'. Insan yang saya maksudkan ini adalah Dato' Dr Usman Awang sasterawan negara yang dikenali dengan nama penanya 'Tongkat Waran'.Dato' Dr Usman Awang merupakan pengerusi syarikat milik saya dari tahun 1990-1993 sebelum berpindah ke Hai O Enterprise Berhad untuk menjadi pengerusi Hai O yang pertama.Saya bersama dengan Dato' Usman dan Tan Kai Hee juga merupakan ahli persatuan Malaysia-China yang ditubuhkan pada tahun 1975 setelah Tun Abdul Razak mengemudikan pertalian demokrasi diantara Malaysia dan Negara China pada tahun 1974.

Setelah menjalin persahabatan dengan Tan Kai Hee dan sentiasa bersama Dato' Usman Awang sudah tentulah saya berpengetahuan dengan penubuhan Hai O Marketing Sdn Bhd pada tahun 1992 dan juga penyeneraian Hai O Enterprise Bhd di papan kedua BSKL pada tahun 1996 yang turut dibantu oleh Dato' Dr Usman Awang.

Dato' Dr Usman Awang pernah bertanya kepada saya berminatkah saya berurusan dan menceburi perniagaan dengan Hai O Marketing pada tahun 1994 yang beliau sendiri akan aturkan perjumpaan dengan saudara Tan Kai Hee tetapi saya menolak pelawaan beliau dan sekarang terasa amat terkilan dan sangat-sangat menyesal tentang keputusan saya.

Terkilannya perasaan saya apabila baru terbuka hati sekarang untuk menceburi penjualan langsung bersama Hai O Marketing bermula bulan December tahun 2009.Dua bulan saya termenung dan berfikir panjang mengenang kesilapan saya tidak menceburi Hai O Marketing dari mula lagi. Sepatutnya kalau diikuti lumrah peraturan giliran, saya rasa sayalah orang pertama yang akan mengemudi dan memegang teraju didalam mana-mana kumpulan sekarang dan bukan CDM-CDM sedia ada sekiranya saya bersama Hai O Marketing dari mula.Mungkin tidak perlu ada Taipan 181 atau pun kumpulan-kumpulan yang lain didalam Hai O.Mungkin sayalah teraju penjualan langsung didalam Hai O Marketing.Semua orang yang saya bertanya setakat ni memang tidak tahu pun pejabat Hai O bertempat di Sun Complex pada satu masa dahulu kerana mereka cuma mengenali Hai O Marketing lewat 90an dan cuma tahu pejabat Hai O berada di Klang.Ini menunjukkan mereka semua orang baru didalam Hai O Marketing.

Setelah menceburi secara langsung sekarang, saya berdepan dengan masyarakat didalam Hai O yang rata-ratanya terlalu muda usia mereka,tidak pun fasih didalam 'Public Speaking' tetapi telah berjaya didalam Hai O.Mereka memandu kereta mewah dan ramai juga telah berhenti bekerja untuk menumpukan kerjaya dengan Hai O kerana ternyata amat mudah untuk berjaya didalam Hai O.Tersentak dihati saya kalau mereka yang muda ini boleh berjaya, mengapa tidak saya sedangkan saya lebih berpengalaman dan telah dididik sendiri oleh seorang pengerusi Hai O dan juga saya ini memang sedia terlatih didalam bidang perang saraf(Psychological Warfare).

Saya begitu yakin dengan matlamat saya untuk berjaya walaupun bermula sangat lambat didalam Hai O Marketing.Saya telah berjanji kepada diri sendiri untuk membantu Bumiputra lain menjadi usahawan yang berjaya dan terus berusaha menjadikan mereka usahawan jutawan didalam Hai O Marketing bersama kumpulan Taipan 181 yang amat telus pelan pemasarannya secara perbandingan dengan kumpulan yang lain.Juga Taipan 181 sekarang mempunyai barisan CDM yang melebihi 80 orang dengan setiap CDM memperolehi pendapatan tidak kurang 5 angka serta menikmati pencen seumur hidup.Sesungguhnya Taipan 181 adalah kumpulan yang terunggul dan terhebat didalam Hai O Marketing.

Saya yakin mencapai matlamat saya untuk membimbing mereka yang masih muda tetapi bersemangat untuk berjaya diluar sana dan sentiasa menunggu mereka untuk menfaatkan kepakaran dan pengalaman yang saya ada.

Saya pasti tidak ada seorang pun diluar sana mahupun daripada kumpulan-kumpulan yang sedia ada didalam Hai O yang mempunyai pengalaman dan penglibatan seperti yang saya pernah merasai bersama dengan pihak atasan Hai O Enterprise Berhad pada satu masa dahulu.

Kepada anda semua, janganlah mencontohi teladan seperti saya ini, menolak peluang dan tuah walaupun telah dihidang didepan mata.Marilah berani untuk berjaya kerana sesungguhnya anda mempunyai saya untuk menjaminkan kejayaan anda.

Bersama-sama kita menuju ke puncak kejayaan!